Followers

Labels

Monday, December 20, 2010

Terkini 27 Terbunuh Bas Terbalik Di Simpang Pulai



IPOH, 20 Dis (Bernama) -- Dua puluh tujuh orang terbunuh dan 10 cedera parah dalam satu kemalangan jalan raya terburuk dalam sejarah negara, apabila sebuah bas pesiaran yang membawa pelancong Thailand terbabas di Km15 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi Isnin.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof ketika dihubungi malam ini mengesahkan 22 orang maut di tempat kejadian, empat meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital dan seorang lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Beliau berkata tiga yang terbunuh adalah rakyat tempatan, iaitu pemandu bas yang dikenali sebagai Omar Shahidan, 48, dan Soontorn a/l Kian, 38, pemandu pelancong (keturunan Siam Malaysia), manakala identiti pembantu pemandu bas belum dikenal pasti. Lima belas yang terbunuh adalah wanita dan 12 lelaki.

Katanya bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana rombongan pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Menurutnya siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik dalam longkang.

Menurutnya polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan pada tengah hari mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.

( berita penuh klik sini )

sumber dari BERNAMA
gambar ihsan dari MY BERITA



Gambar-gambar di tempat kejadian:


 keadaan mangsa yang bergelimpangan di atas jalan raya

 

 keadaan bas yang terbalik



Jenis bas yang terlibat dalam kemalangan


keadaan bas yang remuk



ermmmm..sedey je denga berita ni..baru je berangan-angan nak pegi CAMERON HIGHLANDS..bile da denga camni, takot la plak nk pegi sane..







4 comments:

  1. tak pasal-pasal orang takut nak g cameron highlands ;(

    ReplyDelete
  2. tulaaa..baru rancang2 nak pegi cameron..kene cancel laa camni.. :(

    ReplyDelete
  3. emmm.tawu takpe.sedey je tgk kat brite smlm.. :(

    ReplyDelete