Followers

Labels

Wednesday, December 29, 2010

owh MALAYSIA! :)



hahahah. lawak2 tengok gamba ni. blogger-emoticon.blogspot.com adoiyaii ~

tak saba nak tengok MALAYSIA (3) VS INDONESIA (0) malam ni.
semoga kemenangan di pihak MALAYSIA.

GO MALAYSIA! malam ni biar HARIMAU MALAYA mengaum yee blogger-emoticon.blogspot.com

Sunday, December 26, 2010

Rapuh - Opick







Opick - Rapuh
 
detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

p/s: minat sangat dengan lagu ni. tu yang jadikan lagu utk blog ni. :)




500 BLOG !

Abg ben nak buat pencarian 500 blog untuk satu pertandingan ringkas mencari harta karun di dalam blog blog yang berminat. saye macam minat je bab harta2 karun nih! hehe ~

so, sape2 yang nak join bole click gamba kat bawah ni ye ~


serba sedikit mengenai saye
name > nabila. panggil > biela. umo > 22. full time student.

tujuan jadi blogger

firstly, ecah suruh! haha. then lame2 best pulak dok join contest2 and usya2 blog orang yang cantek2. sangat creatif! memang cuti sem ni dipenuhi dengan belaja cara2 nak cantekkan blog! hoho. so, terisi laa masa lapang di musim cuti ni. takde la bosan sangat kn.. :)

OK, DONE!




Saturday, December 25, 2010

Final 1, Piala Suzuki 2010



MALAYSIA VS INDONESIA

TARIKH : 26 DISEMBER 2010

TEMPAT: STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL

MASA : 8:00 MALAM




 inilah barisan kita, yang ikhlas berjuang, siap sedia berkorban, untuk ibu pertiwi :)




SEMOGA BERJAYA! GO MALAYSIA! :)

p/s : tengok kat tv1 jela malam ni. pakai baju kuning tao! hoho~




Anugerah Skrin 2010

Tak ade ape2 yang nak dikomen pasal Anugerah Skrin 2010 (AS2010). Semuanya okey saje. Tapi dalam banyak2 benda kat (AS2010) tu, yang paling saya suka adelahhhh,


1. LISA SURIHANI, MIA SARA


my akak ni. hehe. die sangat-sangat-sangat cun dan comel. Geram je tengok die tu. lagi2 digandingkan pulak dengan MIA SARA dengan SEIN pulak tu. lagi la betambah-tambah comel.
Dekat bawah ni ade la sikit gamba  lisa dengan mia. gamba sein ade sekeping je sebab nak focus dekat lisa dengan mia je. hehe ~





2.  VANIDAH IMRAN




first time kak vee jadi pengacara ni. tapi okey je.  suke sangat kat die sebab makin lame, makin lawa kan.. :)


3.  SHAHEIZY SAM





Abangku! huhu. Minat gilee same Sam ni. memang pelakon besetail (verstyle) laa. hehe. dari cite PAE dulu sampai sekarang, die belakon memang ade umphhhhh laa! So, memang layak la die menang ANUGERAH YASMIN AHMAD tu. tahniah! :)


4. DRAMA NUR KASIH




Nur Kasih menang DRAMA RANTAIAN TERBAIK. Cerita ni sangat2 la bestttt. sampai ulang bape kali kat TV3 tu. memang tak bosan cite die. sukesuke! :)

*banyak lagi laa cerita2 menarik dekat AS2010 tu. tapi tak nak la cite sume. kalau nak tau dengan lebih detail lagi, sila klik sini. macehhh :)

sumber gambar dari budiey





Friday, December 24, 2010

'Giveaway Separuh Jiwang'


Giveaway! Giveaway! Giveaway! weee~~

kali ni giveaway Separuh Jiwang dari blog Bukan Belog Jiwang!

caranya mudah saja. macam biasa, ini syarat-syaratnya:


buat entri simple2 pasal 'Giveaway Separuh Jiwang' ni
follow blog weeda, si empunya blog 'Bukan Belog Jiwang'
letak banner kat entri dan sidebar korang
tinggalkan entri giveaway korang kat komen 'Giveaway Separuh Jiwang'. nanti senang laa weeda nak update korang kat dalam list yee :)
lastly, tag kat 3 orang kawan.  
saya nak tag ECAH,FITTI, ATEN

Kalau korang berminat, sila click gmba di bawah ye..terus saya sambungkan ke talian. opsss.silapp.terus ke blog BUKAN BLOG JIWANG ni yeee.hehehe


TARIKH TUTUP : 3 JANUARI 2011

p/s: suke tengok blog BUKAN BELOG JIWANG ni..smart dan kemas! SUKE! :)
       ni bukan bodek tao..ni IKHLAS! tak tipu~








Wednesday, December 22, 2010

Adhwa Fashion 1st Giveaway


<  sila click gambar untuk ke Adhwa Fashion GiveAway (AFGA)  >
 
Da nak 2 taon da AF (Adhwa Fashion) ni ditubuhkan..best usha2 barang-barang kat AF ni..
Teruja tengok dress, handbag, kasut yang cantek2 (banyak gurl stuff ade dijual di sini) 
So, owner AF ni nak buat laa first Giveaway untuk celebrate baby tecitt ni (AF laa..hehe) 
Maka, saye dengan bangga nye nak join giveaway ni sebab saye suke celebrate besday kawan-kawan..hehe :)

Macam biasa lah..kene follow rules and regulation giveaway ni.. syarat-syarat laa dalam bahase jawenyeee..ngeh3~
okey, sile follow satu-persatu syarat-syaratnye.

1. Kene FOLLOW dan BLOG LIST kan 4 BLOG ni,,, 

2. Buat POSTING SIMPLE2 je tapi kene LETAK BANNER atas tu sekali 

3. Letak banner kat atas tu kat SIDEBAR BERSERTA LINK dia jugak tau 

4. Dah siap smua tu..just TINGGALKAN LINK dan ID skali dekat posting tu..senang AF nak terjah korang nanti


HADIAH die memang seronok..rase rugi je kalau TAK MENANG! hahaha~

  *  Buat masa ni AF perlukan 4 org yg bertuah utk GA ni *
  * Hadiah berupa baju / blouse / maxi *
    * (Bergantung pd keadaan yer) *

APE YANG PENTING?? of course laa DUE DATE giveaway ni..kalau da terlepas tarikh due nye, kan saje je tuh.heehe..

    Due Date : 26/ 12/2010



Saye nak mengetag orang laa even takde dalam syarat suruh tag kengkawan..tp saye suke tag-tag ni.hehe..bole kan AF? heheh

SHARING IS CARING da bole tuka jadi TAG IF CARING.. :p

Bazilalala
Fitti Ariri
Syera
 




anniversarry GA

contest datang lagi...kali ni nak wat entri simple-simple je...bia senang korang nak paham okeyy.. :)

Tajuk contest Anniversary GA

Yang create contest  :   niezzareenamemory (NM)

okeyy..ni laa banner Anniversary GA contest tu.. <sila click di gambar>


Syarat-syarat penyertaan untuk join contest ni:

1.  Kene follow blog NM ni dulu okehh
ape blog NM tu? tu saye da tulis kat atas tu..haha..brangan ehhh korang ni..(niezzareenamemory laa)

2.  Letak banner yang kat atas tu di sidebar blog anda dan link kan siap-siap ke blog NM
nak tanye lagi ape blog NM tu? nak kene cepuk meh laa tanye..dush3 :)

3.  Then, tag la kat 2 orang rakan anda..saye nak tag,,,



4.  Da settle..senang je kannn.. macam lagu *SENYUM* TAK PERLU KATA APA-APA :)


eh eh,cop cop..nak bagitau, TARIKH TUTUP contest ni ialah pada,,,
 
hari Ahad, 26 Disember 2010 tepat-tepat pukul 12 tengah malam yeee..
jangan salah tarikh pulak eh.. :)
 
SELAMAT BERJAYA!
(macam aku pulak tukang buat contest ni..haha..jangan mara ye kak..tolong promote je..hikhik)



p/s: cantek woo selendang no.1 tuuu..suke2! :)





Tuesday, December 21, 2010

Q-face - Izinkanlah


 


Penyanyi: Q-Face
Tajuk Lagu: Izinkanlah

Bila berlabuh tabir malam indah
Cakerawala pun turut melambai gundah
Pecah duka berganti
Rasa merindu kepadamu

Telah lama diriku dalam leka
Cuba menyintaimu sepenuh jiwa
Sedangkan itu satu
Kewajipanku terhadapmu

Indah mahligai yang menanti
Semakin jauh di jangkauan
Dapatkah aku pulang
Berjiwa suci
Bagai kekasih... dinanti

Masihkah diri ini
Ada ruang beradu
Dalam mahligai
Sedangkan diri
Telah tercemar
Debu dunia

Izinkanlah diriku... izinkan aku
Dekat denganmu kasih... dekat denganmu
Izinkanlah diri... kekasih sejati
Dekat denganmu kasih... kasih...

lagu pebret time mude-mude dulu..hikhik  









Monday, December 20, 2010

Terkini 27 Terbunuh Bas Terbalik Di Simpang Pulai



IPOH, 20 Dis (Bernama) -- Dua puluh tujuh orang terbunuh dan 10 cedera parah dalam satu kemalangan jalan raya terburuk dalam sejarah negara, apabila sebuah bas pesiaran yang membawa pelancong Thailand terbabas di Km15 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi Isnin.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof ketika dihubungi malam ini mengesahkan 22 orang maut di tempat kejadian, empat meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital dan seorang lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Beliau berkata tiga yang terbunuh adalah rakyat tempatan, iaitu pemandu bas yang dikenali sebagai Omar Shahidan, 48, dan Soontorn a/l Kian, 38, pemandu pelancong (keturunan Siam Malaysia), manakala identiti pembantu pemandu bas belum dikenal pasti. Lima belas yang terbunuh adalah wanita dan 12 lelaki.

Katanya bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana rombongan pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Menurutnya siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik dalam longkang.

Menurutnya polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan pada tengah hari mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.

( berita penuh klik sini )

sumber dari BERNAMA
gambar ihsan dari MY BERITA



Gambar-gambar di tempat kejadian:


 keadaan mangsa yang bergelimpangan di atas jalan raya

 

 keadaan bas yang terbalik



Jenis bas yang terlibat dalam kemalangan


keadaan bas yang remuk



ermmmm..sedey je denga berita ni..baru je berangan-angan nak pegi CAMERON HIGHLANDS..bile da denga camni, takot la plak nk pegi sane..







Saturday, December 18, 2010

"GiveAway EdY : Terbang Jauh-Jauh"



"TERBANG JAUH-JAUH.."
eh,eh..cam superman plak! haha

ni la contest dari MR.EDY yang menawarkan hadiah sebanyak  
30 ole-ole dari 3 negara untuk dimenangi! 
wahhhh.besnyeee..nak jugak,nak jugak,nak jugak!
  
senang je syarat2 die.. 
Tak perlu upload gambar, tak perlu reka slogan, tak perlu pening2kan kepala buat entry paling kretif

 NAK JOIN? sile click gamba kat bawah ni..macehh~



 ermmmm..saye nak..
Fridge magnet dari Beijing ataupun dari Padang / Bukit Tinggi ataupun dari Singapore..
ATAUPUN beg sulam dari Padang / Bukit Tinggi.. tak kesah laa mane2 yang dapat..heeee


eh,eh,,suke sangat ni kenape? blom menang lagi laaa.haha..PERASAN! 
maka dengan ini, sy nak tag kengkawan pulak..sharing is caring..

JOM JOIN..Tarikh Tutup 19/12/2010 jam 11:59malam (arini la ekk.hehe)




Thursday, December 16, 2010

Peaceee!! ^_^V

As-salam sumee..

Peaceee!! ^__^V  
Aikk,nape tetibe letak icon peace tu? tak penah2 letak pon..hahaha
ekceli sy telah di tag oleh cik fittiariri tuk join contest yg diberi nama 'PEACE CONTEST'
maka sy pon bukak balek laa album2 gamba sy..naseb baek ade gmba sy tengah buat peacee macam niiii, ^__^V heeee :)



ni la gamba yg sy cakap kat korang tu..hehe..ni gamba dgn one of my bestiee, fara. Da lame sangat tak jumpe die.tu yg seronok sgt sampai terbuat PEACEEE! ^__^V



Haa,,ni laa contest tu..Sile click gamba di atas untuk ke link 'PEACE CONTEST' tu yee :)
sile bace syarat2 penyertaan jugak yee :)

Tarikh tutup : 01/01/2011 okeyy

nak tag kengkawan plak tuk join contest ni gak! meh laaa join..hehe








Wednesday, December 15, 2010

HARI ASYURA ( 10 MUHARRAM )



AMALAN SUNAT PADA HARI ASYURA

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri.  
Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin.  
Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah. 
Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat. 
Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. 
Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah. 
Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. 
Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat. 
Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

9. Bercelak. 
Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. 
Fadilatnya - Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat. 
Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.

12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer".
Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa. 
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala"
Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.



Sidang pembaca yang dirahmati Allah,

Di dalam bulan Muharram ini, hari yang paling bertuah sekali ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura'.  Pada hari tersebut, kita disunatkan berpuasa.  Malah, di dalam Mazhab Imam Hanafi, puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa di dalam bulan Ramadhan.

Hadith daripada 'Aisyah: 

Sesiapa yang ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tidak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.)

KELEBIHAN

Baginda bersabda:  
"Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya"  (Riwayat Muslim)

BEZAKAN PUASA DENGAN ORG YAHUDI!!

Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram, maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi.  Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.  Jika tidak dikerjakan pada 9 Muharram, maka boleh juga digandingkan dengan 10 Muharram dengan 11 Muharram.



sumber dari : Bulan Muharram




Tuesday, December 14, 2010

Aku Hanyalah Wanita Biasa


Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..
 
Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna. Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..
 
Kepadamu yang akan memilihku kelak..

Aku tak sebijak Siti Khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja  berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu.. 

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. 
Ingatlah, tak selamanya aku akan cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti. Insya’Allah.. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu pulang dari kerja.. 
Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak  kecil kita yang sedang sakit, dan aku tahu kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku.. 

Padamu yang menjadi nakhoda dalam hidupku kelak..
 
Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku.. 
Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku ditambah rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tahu kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi.. 
 
Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak.. 

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajarku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajarku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya. 
 
Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..
 
Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu.. 
Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu.. Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri..  
AKU HANYA WANITA BIASA..




" maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaimu namun cinta dalam jiwa hanyalah padamu "







Sunday, December 12, 2010

Free Domain by BroFramestome.com






السلام عليکم

CONTEST2! heee :)
encik yespepol telah menge'tag'ku untuk menyertai contest ni..
maka, saya pon join laa setelah mencukupi syarat2 yang dikehendaki..
ni laa contest tu,


Contest dari BRO FRAMESTONE

tekaan nuffnang yg dia cash out RM 528.12.......(tekaan sy)
dan korang pun boleh join sama,
klik pautan ini sebelum 12th december 2010 pukul 11.59 malam

Korang join ok!Mane tau tekaan korang tepat or hampir tepat! 
Sempat lagi ni ;)








Wednesday, December 8, 2010

D i G i





 


Catch the Beast, 4minute and G.Na at the #DiGikpop! Grab the pre-sale tickets at 1U, New Wing!

Tuesday, December 7, 2010

BLOGGER IN DA HOUSE : KHAS BUAT BLOGGER BARU




As-Salam..Salam 1 MALAYSIA.. :)
 
Cinta Untuk Nabila mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis yang bernama nabila.
dia tidak cantik tetapi comel :)
dia tidak pandai tetapi bijak :)
dia tidak pendiam dan tak reti duduk diam :)

"Aku menulis bukan kerna name tapi saje2"


link kat bwh ni abg ben soh buat tuk blogger2 baru yehh..maka saya pon buat..ngeh33~


sila tekan utk lihat :)

SALAM MAAL HIJRAH 1432H~





As-Salam sume..

Rase2nye blom telambat aku nk ucapkan,

SELAMAT MAAL HIJRAH dan tahun baru Islam 1432, semoga kita sebagai umat Islam bersatu padu dan menuju ke jalan yg diredhai ALLAH s.w.t. Amin.

sume post ni diambil dengan SENGAJA dari, http://siaisyahumaira.blogspot.com/
hehe, sory cahh.aku malas nk tuliss.hahaha.. sharing is caring ryte?? ngeh3~

Doa Akhir Tahun Hijrah
Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata :
" kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun ".
klik untuk tumbesaran
Ertinya : Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang, Segala Puji itu bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh Alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah Wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tiada meredhai dan Engkau memang tiada lupakannya ( Tuhan tiada bersifat lupa ) dan Engkau berlembut tiada mengazabkan kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu. Maka kami sekalian mohon keampunan Mu. Ya Allah, ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya. Maka kami mohon diperkenankan akan perbuatan ( amal bakti ) yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak-menghampakan harapan kami Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.
Doa Awal Tahun Hijrah
Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam satu Muharam. Sesiapa yang membaca Doa ini, syaitan berkata :
" Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan ".
klik untuk tumbesaran
Ertinya : Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Segala pujian itu bagi Allah Tuhan sekalian Alam. Rahmat dan sejahtera atas Penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada, tiada permulaan. Kelebihan Mu Maha Besar dan kemurahan-Mu sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru, kami mohon kepada Mu agar terpelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya. Dan kami mohon daripada Mu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah ( Nafsu yang mendorong kepada kejahatan ). Kami mohon juga kepada Mu Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada Mu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Agung lagi Mulia. Ya Allah Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.
p/s: bile maal hijrah je, aku mesti nk denga lagu nih..semangat tol aku nyanyi! huhu ~ korg pon mesti suke kan? kan? :)