Followers

Labels

Wednesday, December 15, 2010

HARI ASYURA ( 10 MUHARRAM )



AMALAN SUNAT PADA HARI ASYURA

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri.  
Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin.  
Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah. 
Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat. 
Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. 
Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah. 
Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. 
Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat. 
Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

9. Bercelak. 
Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. 
Fadilatnya - Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat. 
Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.

12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer".
Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa. 
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala"
Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.



Sidang pembaca yang dirahmati Allah,

Di dalam bulan Muharram ini, hari yang paling bertuah sekali ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura'.  Pada hari tersebut, kita disunatkan berpuasa.  Malah, di dalam Mazhab Imam Hanafi, puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa di dalam bulan Ramadhan.

Hadith daripada 'Aisyah: 

Sesiapa yang ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tidak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.)

KELEBIHAN

Baginda bersabda:  
"Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya"  (Riwayat Muslim)

BEZAKAN PUASA DENGAN ORG YAHUDI!!

Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram, maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi.  Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.  Jika tidak dikerjakan pada 9 Muharram, maka boleh juga digandingkan dengan 10 Muharram dengan 11 Muharram.



sumber dari : Bulan Muharram




No comments:

Post a Comment