Followers

Labels

Saturday, December 18, 2010

"GiveAway EdY : Terbang Jauh-Jauh"



"TERBANG JAUH-JAUH.."
eh,eh..cam superman plak! haha

ni la contest dari MR.EDY yang menawarkan hadiah sebanyak  
30 ole-ole dari 3 negara untuk dimenangi! 
wahhhh.besnyeee..nak jugak,nak jugak,nak jugak!
  
senang je syarat2 die.. 
Tak perlu upload gambar, tak perlu reka slogan, tak perlu pening2kan kepala buat entry paling kretif

 NAK JOIN? sile click gamba kat bawah ni..macehh~



 ermmmm..saye nak..
Fridge magnet dari Beijing ataupun dari Padang / Bukit Tinggi ataupun dari Singapore..
ATAUPUN beg sulam dari Padang / Bukit Tinggi.. tak kesah laa mane2 yang dapat..heeee


eh,eh,,suke sangat ni kenape? blom menang lagi laaa.haha..PERASAN! 
maka dengan ini, sy nak tag kengkawan pulak..sharing is caring..

JOM JOIN..Tarikh Tutup 19/12/2010 jam 11:59malam (arini la ekk.hehe)




Thursday, December 16, 2010

Peaceee!! ^_^V

As-salam sumee..

Peaceee!! ^__^V  
Aikk,nape tetibe letak icon peace tu? tak penah2 letak pon..hahaha
ekceli sy telah di tag oleh cik fittiariri tuk join contest yg diberi nama 'PEACE CONTEST'
maka sy pon bukak balek laa album2 gamba sy..naseb baek ade gmba sy tengah buat peacee macam niiii, ^__^V heeee :)



ni la gamba yg sy cakap kat korang tu..hehe..ni gamba dgn one of my bestiee, fara. Da lame sangat tak jumpe die.tu yg seronok sgt sampai terbuat PEACEEE! ^__^V



Haa,,ni laa contest tu..Sile click gamba di atas untuk ke link 'PEACE CONTEST' tu yee :)
sile bace syarat2 penyertaan jugak yee :)

Tarikh tutup : 01/01/2011 okeyy

nak tag kengkawan plak tuk join contest ni gak! meh laaa join..hehe








Wednesday, December 15, 2010

HARI ASYURA ( 10 MUHARRAM )



AMALAN SUNAT PADA HARI ASYURA

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri.  
Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin.  
Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah. 
Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat. 
Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. 
Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah. 
Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. 
Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat. 
Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

9. Bercelak. 
Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. 
Fadilatnya - Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat. 
Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.

12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer".
Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa. 
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala"
Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.



Sidang pembaca yang dirahmati Allah,

Di dalam bulan Muharram ini, hari yang paling bertuah sekali ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura'.  Pada hari tersebut, kita disunatkan berpuasa.  Malah, di dalam Mazhab Imam Hanafi, puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa di dalam bulan Ramadhan.

Hadith daripada 'Aisyah: 

Sesiapa yang ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tidak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.)

KELEBIHAN

Baginda bersabda:  
"Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya"  (Riwayat Muslim)

BEZAKAN PUASA DENGAN ORG YAHUDI!!

Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram, maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi.  Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.  Jika tidak dikerjakan pada 9 Muharram, maka boleh juga digandingkan dengan 10 Muharram dengan 11 Muharram.



sumber dari : Bulan Muharram




Tuesday, December 14, 2010

Aku Hanyalah Wanita Biasa


Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..
 
Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna. Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..
 
Kepadamu yang akan memilihku kelak..

Aku tak sebijak Siti Khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja  berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu.. 

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. 
Ingatlah, tak selamanya aku akan cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti. Insya’Allah.. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu pulang dari kerja.. 
Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak  kecil kita yang sedang sakit, dan aku tahu kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku.. 

Padamu yang menjadi nakhoda dalam hidupku kelak..
 
Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku.. 
Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku ditambah rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tahu kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi.. 
 
Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak.. 

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajarku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajarku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya. 
 
Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..
 
Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu.. 
Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu.. Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri..  
AKU HANYA WANITA BIASA..




" maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaimu namun cinta dalam jiwa hanyalah padamu "







Sunday, December 12, 2010

Free Domain by BroFramestome.com






السلام عليکم

CONTEST2! heee :)
encik yespepol telah menge'tag'ku untuk menyertai contest ni..
maka, saya pon join laa setelah mencukupi syarat2 yang dikehendaki..
ni laa contest tu,


Contest dari BRO FRAMESTONE

tekaan nuffnang yg dia cash out RM 528.12.......(tekaan sy)
dan korang pun boleh join sama,
klik pautan ini sebelum 12th december 2010 pukul 11.59 malam

Korang join ok!Mane tau tekaan korang tepat or hampir tepat! 
Sempat lagi ni ;)